Babble Box
DIY Workshop: Mari Kolektif @ Ranau (15 August, 09) - Laporan Created at 2009-08-18 00:09:43 ![]() Catatan Orang Kecil (rique_ramuney) Crew Aidebox.com dari KK bergerak menuju ke lokasi DIY workshop, pada jam 8 pagi, dengan semangat berkobar-kobar. Sepanjang perjalanan menaiki kereta Ell, lagu-lagu house music dihidangkan untuk dijamah oleh telinga, aku enjoy lagu Digitalism (POGO). Cuaca baik mengiringi kami, kadang-kadang redup, kadang-kadang panas. Ketika hampir ke Pekan Nabalu, Rizo call handphone aku, bagitau yang sayur belum beli, so kami kena singgah Kundasang nanti beli sayur untuk menjadi juadah makan beramai-ramai di sana. Sampai di Kundasang, kami pilih-pilih sayur yang dirasakan relevan untuk memuaskan nafsu makan kawan-kawan nanti. Cuaca panas memang mencabar, namun niat baik dan murni untuk menjayakan aktiviti workshop melebihi segalanya. Sekitar jam 10, kami selamat tiba di venue. Terkejut juga terlihat ramai belia di situ, kami sangkakan mahu mengikuti workshop, rupanya ada majlis penutupan IKBN di situ, ya, satu lagi projek sumbangan Barisan Nasional. Comrade dari Ranau, Safwan menyambut ketibaan kami, dia baru selesai menaikkan banner. Kami berbual-bual sementara menunggu kedatangan Rizo dan konco-konconya. Nampaknya acara akan bermula lewat, tidak nampak kelibat rakan-rakan yang ingin mengikuti workshop ini. Sekitar jam 12, kami mula setting di dalam bilik yang disewa, yang sejuk. Tetapi, gangguan bekalan elektrik berlaku seketika, membuatkan suasana cemas seketika, dan panas, berpeluh lah juga, ditambah dengan cuaca panas diluar ketika itu. Rakan-rakan semakin ramai datang, dari Kota Kinabalu, Keningau, Kundasang dan juga Ranau!. Sementara menunggu acara bermula, tayangan filem pendek disajikan, penuh mesej positif kepada semua, diselangi lawak jenaka, diketuai oleh pelawak berbakat semulajadi, Rizo. Acara bermula dengan pengenalan tentang workshop dan perbincangan berkisar tentang DIY dan kolektif. Banyak pandangan diutarakan dan input berguna diterima, harap semua yang hadir dapat memanfaatkan hasil perbincangan itu dan dikongsi bersama rakan-rakan yang tidak berkesempatan datang ke workshop. Acara makan beramai-ramai menyusul, dan memang ditunggu-tunggu oleh semua. Terutama aku dan Adit. Selepas selesai menjamu selera, acara disambung dengan persembahan akustik. Rizo dan konco-konco menyampaikan lagu penuh mesej kemanusiaan dan nasihat. August pula menyampaikan lagu nukilannya sendiri, terinspirasi dari hidup persekitarannya, agak emo namun tetap menghiburkan semua. Aku merancang mahu baca puisi, tapi kondisi fizikal yang tidak mengizinkan, aku terpaksa membatalkan niat. Barang-barang keperluan untuk silkscreen printing dibawa masuk, dan sessi untuk belajar tentang proses silkscreen printing dimulakan, dikendalikan oleh August dan Rizo. Ianya disambung dengan proses tie-dye printing, oleh Ell. Sessi ini antara yang paling meriah, dan semua yang ada memang betul-betul menunjukkan minat, masing-masing mahu mencuba kreativiti sendiri dalam teknik lipat-melipat. So, jangan hairan kalau nampak kawan-kawan dari Ranau memakai baju dengan design sendiri yang unik, mereka beruntung kerana dapat menghadiri workshop tersebut, hehe. Hari beransur gelap, hujan turun membasahi Ranau. Memang kami kesuntukkan masa, kerana hendak bergegas balik ke Kota Kinabalu malam itu juga, atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Panggilan telefon dari pembikin filem Odoi Odu, yang juga anak jati daerah Ranau, memaklumkan yang dia berbesar hati untuk datang berkongsi pengalamannya, menggembirakan semua orang. Semua menyambut mesra kedatangan beliau, dan diikuti dengan sessi perbincangan, yang membina dan berguna buat semua. Kami bergerak pulang ke Kota Kinabalu pada pukul 8 malam, dan terpaksa meninggalkan acara screening filem Odoi Odu lebih awal. Mohon maaf kepada semua, dan harapnya, semua yang telah dijalankan sepanjang workshop akan dapat dimanfaatkan oleh kita semua. Segala silap dan salah yang tidak disengajakan sepanjang workshop berlangsung harap dimaafkan. Terima kasih kepada semua yang terlibat!! Klik link untuk ke galeri gambar -> Workshop DIY: Mari Kolektif @ Ranau
|
Blog Archive ![]() Singgah Kolektif Bazaar in KK Plaza DIY Workshop: Mari Kolektif @ Ranau (15 August, 09) - Laporan Aidebox.com feature development progress Kotak cadangan untuk aktiviti-aktiviti workshop akan datang |
































